Anak Syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Kedah Holdings Sdn Bhd dan SME Bank Berhad telah menjalinkan kerjasama penjenamaan di mana ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua dari segi pinjaman kewangan dan aktiviti promosi.
Kerjasama penjenamaan tersebut direalisasikan pada majlis menandatangani yang berlangsung di Dewan Damai, Darulaman Golf & Country Club, Jitra, Kedah pada hari ini.
Antara kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Negeri Kedah, YB Tuan Asmirul Anuar Aris, Pengarah Kanan Bebas, Bukan Eksekutif Kumpulan BDB, Dato’ Asri Hamidon, Ahli Lembaga Pengarah Kedah Holding Sdn Bhd, Tuan Haji Abdul Rahman Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim, dan Presiden Kumpulan SME Bank Berhad, Aria Ismail.
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement