Categories
Uncategorized

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KUMPULAN BDB BERJALAN LANCAR

Kewajipan sesebuah organisasi untuk membantu dan menyumbang bakti kepada masyarakat adalah penting bagi Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah.
Oleh itu, warga kerja Kumpulan BDB telah mengambil inisiatif melalui Kelab Kebajikan & Rekreasi BDB dan juga anak-anak syarikat untuk mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat di Gunung Jerai.
Program gotong-royong membersihkan kawasan Gunung Jerai berkenaan mula diadakan pada 29 November dan dipecahkan kepada empat siri memandangkan kawasan gunung jerai ini merupakan salah satu khazanah negeri Kedah yang harus dipelihara selain menjadi tempat tumpuan pelancong.
Lebih 250 peserta yang terdiri daripada kakitangan kumpulan BDB serta kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah menyertai program ini di mana mereka telah berjaya membersihkan beberapa kawasan di sekitar gunung jerai antaranya di sekitar Padang Tok Sheikh, Telaga Tok Sheikh, Batu Kapal dan juga Taman Rimba.
Program tersebut telah melabuhkan tirainya pada Khamis minggu lalu di majlis penutupan program yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan BDB iaitu Encik Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.
“Kumpulan BDB juga bercadang untuk meneruskan aktiviti ini pada tahun 2020 dan kami mengalukan-alukan kerjasama dan penyertaan daripada semua agensi kerajaan lain yang berminat dalam usaha bersama-sama menjaga khazanah negeri Kedah ini,” jelasnya.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengurusan kanan serta wakil Kelab Kebajikan & Rekreasi anak-anak syarikat Kumpulan BDB serta wakil SWCORP, Renjer Hutan, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Pejabat Daerah Yan dan Kuala Muda.
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement