Categories
Uncategorized

PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS & CPR (PPC & CPR) DAN PERTOLONGAN CEMAS ASAS & CPR (PCA & CPR) -BDB LEISURE SDN BHD

Seramai 25 kakitangan daripada BDB Leisure Sdn Bhd (Fantasia Aqua Park) telah mengikuti kursus Pengenalan Pertolongan Cemas & Pertolongan Cemas Asas yang bertempat di Dewan Damai 1, BDB Hotels Sdn Bhd. Latihan tersebut telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Luaran iaitu En Abu Bakar Bin Othman dan pasukannya dari Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Kedah Darul Aman.
Kursus ini dapat memberi kesedaran dan memperkenalkan pelajaran asas berkenaan pertolongan cemas dengan melihat sistem perjalanan tubuh manusia, khususnya dari aspek pernafasan, sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem deria. Latihan berbentuk praktikal seperti mempelajari jenis-jenis balutan dan fungsinya turut diberikan penekanan. Peperiksaan juga dijalankan diakhir kursus tersebut dan sijil akan diberikan kepada kakitangan yang telah menyempurnakan kursus dengan jayanya.