Categories
Uncategorized

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR, (CSR) GUNUNG JERAI SESI #1

Program CSR sesi pertama telah berjalan dengan jayanya pada 28 November yang lalu. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Sepanjang program dijalankan cuaca amat baik dan tiada sebarang kecelakaan dilaporkan berlaku. Keseluruhannya seramai lebih kurang 50 Kakitangan Kumpulan BDB yang terlibat dalam menjayakan program sesi pertama ini.
Jawatankuasa CSR (CSRC) juga telah menerima kerjasama baik dari Pejabat Daerah Yan bagi urusan penyediaan Tong Sampah Utama di kaki Gunung Jerai dan turut menerima sumbangan peralatan seperti karung plastic sampah, pengepit sampah, sarung tangan daripada SW Corp.
Dianggarkan sebanyak 20 karung sampah telah berjaya dikutip oleh Kumpulan CSR pertama. Kumpulan CSR sesi pertama ini juga berjaya mendapat pujian dan teguran yang positif dari para pengunjung Gunung Jerai.

Sesi kedua akan dijalankan pada 12hb Disember nanti dan akan turut disertai oleh pihak SW Corp dan Skuad Prihatin daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *