Categories
Uncategorized

MICROSOFT EXCEL 2016 (INTERMEDIATE LEVEL)

Kursus Microsoft Excel 2016 (Intermediate Level) telah diadakan di Centre of Learning, Level 4, Menara BDB yang telah dihadiri seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kumpulan BDB. Latihan tersebut telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Luaran iaitu En. Mohd Saidul Nizam dari Global Excel Hub Sdn Bhd.
Dengan adanya kursus ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan serta secara praktikal dalam menggunakan perisian tersebut dengan lebih mendalam.

Categories
Uncategorized

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR, (CSR) GUNUNG JERAI SESI #1

Program CSR sesi pertama telah berjalan dengan jayanya pada 28 November yang lalu. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Sepanjang program dijalankan cuaca amat baik dan tiada sebarang kecelakaan dilaporkan berlaku. Keseluruhannya seramai lebih kurang 50 Kakitangan Kumpulan BDB yang terlibat dalam menjayakan program sesi pertama ini.
Jawatankuasa CSR (CSRC) juga telah menerima kerjasama baik dari Pejabat Daerah Yan bagi urusan penyediaan Tong Sampah Utama di kaki Gunung Jerai dan turut menerima sumbangan peralatan seperti karung plastic sampah, pengepit sampah, sarung tangan daripada SW Corp.
Dianggarkan sebanyak 20 karung sampah telah berjaya dikutip oleh Kumpulan CSR pertama. Kumpulan CSR sesi pertama ini juga berjaya mendapat pujian dan teguran yang positif dari para pengunjung Gunung Jerai.

Sesi kedua akan dijalankan pada 12hb Disember nanti dan akan turut disertai oleh pihak SW Corp dan Skuad Prihatin daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.
Categories
Uncategorized

KUMPULAN BDB SERTAI SUKUM PKNK 2019

Kecemerlangan dan semangat kesukanan yang tinggi!! Itulah perkataan yang boleh digambarkan ketika berlangsungnya Karnival Sukan Kumpulan (SUKUM) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah 2019 yang diadakan di Komplek Sukan UUM Sintok Kedah pada 23 November yang lalu. Seramai 90 warga kerja Kumpulan BDB telah terlibat dalam lapan acara sukan yang dipertandingkan iaitu futsal, badminton, bola jaring, ping-pong, karom, dart, golf dan boling.
Majlis perasmian dan penutup karnival tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi PKNK, Tn Hj Syed Yusoff Syed Othman. Karnival yang telah memasuki tahun keduanya penganjurannya itu menyaksikan PKNK sekali lagi muncul sebagai juara keseluruhan apabila mengungguli beberapa kategori dalam acara sukan yang dipertandingkan dan diikuti tempat kedua oleh BDB. Tahniah diucapkan kepada semua peserta-peserta BDB!!

Categories
Uncategorized

TRAINING HAZARD IDENTIFICATION, RISK ASSESSMENT, RISK CONTROL (HIRARC) WORKSHOP’ SESI #1

kerja mereka dengan lebih berkesan. Kumpulan BDB telah menganjurkan kursus berkenaan keselamatan dalaman yang bertempat di Centre of Learning, Level 4, Menara BDB dan telah dihadiri seramai 25 orang kakitangan.
Latihan tersebut telah dikendalikan oleh Fasilitator Dalaman BDB Kumpulan yang terdiri daripada En. Muhammad Azizi Bin Abd. Hameed (BDB Land Sdn Bhd) dan En. Muhamad Aniff Bin Ahmad Asri (BDB Infra Sdn Bhd) bersama dengan En. Zulhafizi Bin Ahmad dan En. Izam Zairie Bin Ishak (BDB Synergy Sdn Bhd).
Program selama satu (1) hari ini adalah bertujuan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko atau lebih dikenali sebagai HIRARC yang merupakan kaedah bagi membolehkan sesuatu organisasi menguruskan hazard yang wujud ditempat.

Categories
Uncategorized

BERNAMA.COM | 13 November 2019

BDB unit launches RM33 mln mixed development project in Bandar Baru
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Categories
Uncategorized

SINAR HARIAN | 13 November 2019

BDB lancar Projek Aman Perdana di Serdang
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Categories
Uncategorized

BERNAMA.COM | 13 November 2019

Unit BDB lancar projek pembangunan bercampur 33 juta di Bandar Baru

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement
Categories
Uncategorized

EdgeProp.my | 13 November 2019

BDB unit launches RM33m mixed development project in Bandar Baru
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement