Categories
Uncategorized

SHORT COURSE IN BASIC SWIMMING LESSONS AND CPR

Seramai 25 kakitangan daripada BDB Leisure Sdn Bhd (Fantasia Aqua Park) telah mengikuti latihan asas berenang dan kemahiran menggunakan Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) iaitu hands-only CPR dan penggunaan Automated External Defibrillator (AED) yang bertempat di Darulaman Golf & Resort Berhad. Latihan tersebut telah dikendalikan oleh syarikat ENS Sport & Recreation Sdn Bhd pada 1 Oktober 2019.
Program selama satu (1) hari ini adalah bertujuan bagi memberikan kemahiran kepada kakitangan dalam memberi bantuan awal kecemasan serta menghadapi situasi yang tidak dijangka.

Categories
Uncategorized

JASAMU DIKENANG MERAIKAN KAKITANGAN BDB DARULAMAN GOLF RESORT BERHAD

Pihak Pengurusan BDB Darulaman Golf Resort Berhad (DGRB) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan majlis bagi meraikan kakitangan yang telah mencapai umur persaraan wajib dan bersara awal akibat ketidakupayaan untuk bekerja yang telah diadakan pada 16 Oktober 2019.
Kakitangan yang terlibat ialah Encik Saarin Bin Md Isa, Pegawai Keselamatan yang telah berkhidmat selama lebih 24 tahun dan Encik Hamdi Bin Othman yang juga berkhidmat sebagai Pegawai Keselamatan selama hampir 14 tahun.
Pihak Pengurusan juga telah mengadakan majlis ringkas pada 28 Oktober 2019 bagi meraikan dan mengenang jasa kakitangan yang telah hampir 34 tahun berkhidmat di Kumpulan BDB iaitu Pn Faizah Mustafa yang telah meletakkan jawatan bagi menumpukan sepenuh masa kepada keluarga
Pihak Pengurusan BDB merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan mereka bertiga selama berkhidmat di Kumpulan BDB.

Categories
Uncategorized

KURSUS ASAS (INSPEKTOR) POLIS BANTUAN

Inspektor Ahmad Tariq bin Zulkifli telah menamatkan Kursus Asas (Inspektor) Polis Bantuan selama 9 minggu atau 62 hari mulai dari 4 Ogos 2019 sehingga 4 Oktober 2019 di Pusat Latihan Polis @ PULAPOL Kuala Lumpur dengan jayanya.
Beliau telah terpilih menjadi Pegawai Detachment di Majlis Perbarisan Tamat Latihan yang telah berlangsung pada 4 Oktober 2019. YM Tunku Fauzi bin Tunku Abdul Malek turut hadir ke majlis tersebut diiringi oleh En. Ahmad Hafeez dan Sarjan Ahmad Nazmi.

Satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh BDB Land di Classic Café, BDB Darulaman Golf pada 17 Oktober 2019 bagi meraikan kejayaan Inspektor Ahmad Tariq bersama ahli keluarga beliau.
Categories
Uncategorized

KOLABORASI BERSAMA PIHAK INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM), SIK KEDAH DENGAN PROPERTY & LEISURE DIVISION

Pihak Pengurusan BDB Land Sdn Bhd telah menerima kunjungan daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Kedah yang telah diwakili oleh En. Mohd Najib, Puan Norhafizah, En. Hairul Anuar dan En. Bokhari pada 1hb Oktober 2019.
Melalui sesi ini, pihak IKM telah menerangkan tentang enam kursus yang terdapat di IKM serta konsep pembelajaran secara “Free and Easy” bagi kursus Diploma Teknousahawan yang merupakan suatu konsep yang baru di IKM Sik. Melalui konsep ini, pihak IKM telah diberi KPI untuk melahirkan empat usahawan jutawan dalam tempoh 2.5 tahun atau pada tahun 2022.
Pihak BDB Land juga telah membuat kunjungan balas ke IKM Sik pada 23 Oktober 2019 yang diwakili oleh En. Ahmad Hafeez, En. Mohd Fahmi dan Puan Norlida. Tujuan kunjungan kali ini adalah bagi menyampaikan hasrat BDB Land Sdn Bhd untuk berkolaborasi dengan IKM Sik.
Categories
Uncategorized

2ND SURVEILLANCE AUDIT EOSH MANAGEMENT SYSTEM DI BDB INFRA

Satu sesi audit bagi pensijilan sijil ISO, OHSAS 18001:2007 dan ISO 14001:2015 oleh pihak NIOSH telah diadakan pada 29, 30 September 2019 dan 01 Oktober 2019 di BDB Infra Sdn Bhd.
Sesi audit yang diketuai oleh Eksekutif ESH, En. Muhd Aniff bin Ahmad Asri telah berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama oleh Ketua-Ketua Jabatan dan staf yang terlibat. Hanya terdapat sedikit penambahbaikan untuk pemantapan di masa hadapan.

Categories
Uncategorized

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PPR AYER HITAM

Majlis Penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Hitam, Kubang Pasu, Kedah diadakan pada 25hb September 2019, jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dr. Alauddin bin Sidal, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT dan Ketua Pegawai Operasi BDB bersama Ketua-Ketua Jabatan Kumpulan BDB.
Pihak KPKT turut merakamkan setinggi penghargaan kepada BDB Synergy Sdn Bhd kerana berjaya menyiapkan projek ini dalam tempoh 111 hari lebih awal dari jangkaan dan telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Projek Siap Awal dan dilabelkan sebagai Projek Contoh.