Dato’ Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi hari ini telah memulakan tugas beliau sebagai Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang baharu berkuat kuasa 1 September 2019 bagi menggantikan Dato’ Indera Sanggara Dato’ Paduka Rasli Basir.
Ketibaan Dato’ Mohamed Sharil ke Menara BDB disambut oleh barisan pengurusan kanan syarikat diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim serta Ketua Pegawai Operasi, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli dan Ketua Pegawai Kewangan, Fakhruzi Ahmad.
Dengan ini, pengurusan dan seluruh kakitangan Kumpulan BDB mengalu-alukan kedatangan Dato’ Mohamed Sharil ke BDB di mana dengan pengalaman yang dimiliki oleh beliau diharap dapat memacu prestasi syarikat pada masa akan datang.
#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement