Categories
Uncategorized

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

Ketibaan Dato’ Seri Utama Mukhriz disambut oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Dato’ Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim.
Dalam lawatan kerja yang bermula kira-kira pukul 3 petang, Dato’ Seri Utama Mukhriz meluangkan masa untuk bertemu dengan pengurusan kanan Kumpulan BDB dan seterusnya terlibat dalam sesi taklimat yang diketuai oleh Dato’ Mohamed Sharil dan Faris Najhan.
Turut serta ialah Ketua Pegawai Operasi, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Pegawai Kewangan, Fakhruzi Ahmad, Ketua Divisyen Hartanah dan Leisure, YM Tunku Fauzi Tunku Abdul Malek, Pengarah Eksekutif BDB Infra Sdn Bhd, Mohd Sobri Hussein, Pengarah Eksekutif BDB Synergy Sdn Bhd, Tahir Md Zin serta Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan, Helmi Faisal Fuad.
Selepas sesi taklimat, Dato’ Seri Utama Mukhriz sempat meluangkan masa seketika untuk bergambar bersama-sama pengurusan kanan dan juga kakitangan BDB sebelum menamatkan sesi lawatan pada jam 4 petang.
Terima kasih diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir di atas lawatan kerja rasmi ke Menara BDB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *