Categories
Uncategorized

LAWATAN KERJA OLEH MENTERI KPKT & MENTERI BESAR DI PROJEK PPR AYER HITAM

YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir bersama Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin dan YB Tan Kok Yew, Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah meninjau perumahan PPR Ayer Hitam, Jerlun yang telah siap dibina pada 30hb September 2019 sekitar jam 5:00 petang hingga 7:00 petang.
Sebanyak 630 buah rumah kos rendah PPR dibina untuk rakyat terutamanya bagi penduduk disekitar Jerlun. PPR Jerlun ini berkonsepkan Rumah Teres dilengkapi dengan 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur dan 2 Bilik Air. Kawasan di sekeliling PPR itu juga bakal dilengkapkan lagi dengan kemudahan asas kepada penduduk seperti Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai, Surau, Gerai Makan / Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan / Kawasan Lapang dan juga Rumah Pembuangan Sampah disekitar Jerlun. PPR Jerlun ini berkonsepkan Rumah Teres dilengkapi dengan 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur dan 2 Bilik Air.
Kawasan di sekeliling PPR itu juga bakal dilengkapkan lagi dengan kemudahan asas kepada penduduk seperti Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai, Surau, Gerai Makan / Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan / Kawasan Lapang dan juga Rumah Pembuangan Sampah.

Categories
Uncategorized

TRADISI PENYEDIAAN BUBUR A’SYURA MENGERATKAN SEMANGAT UKHWAH KAKITANGAN BDB SYNERGY

Bersempena Sambutan Awal Muharam 1441H, BDB Synergy Sdn Bhd telah mengadakan program ‘Penyediaan Bubur A’syura’ yang disediakan sendiri oleh kakitangan secara gotong-royong di Pejabat Tapak TTIS, Jitra, Kedah pada 29hb September 2019. Majlis ini telah berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga jam 3:00 petang.

Dengan adanya program seperti ini, secara tidak langsung dapat memupuk semangat tolong-menolong selain mengeratkan hubungan silaturahim di antara pekerja dan majikan.
Categories
Uncategorized

MAJLIS PERASMIAN TAMAN TUNKU INTAN SAFINAZ DAN PENYERAHAN KUNCI PANGSAPURI IKHLAS DI BANDAR DARULAMAN, JITRA, KEDA

BDB Land Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad telah mengadakan Majlis Perasmian Taman Tunku Intan Safinaz & Penyerahan Kunci Pangsapuri Ikhlas.
Majlis yang diadakan diperkarangan Pangsapuri Ikhlas itu telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Teramat Mulia, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah berkenan untuk merasmikan majlis pada hari ini.
Turut hadir ke majlis ini ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Tan Kok Yew dan YB Hajah Halimatun Shaadiah Binti Saad, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Mohd Fisol Bin Md Noh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Bin Ramli, Ketua Divisyen Hartanah dan Leisure, YM Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek serta pengurusan kanan Kumpulan BDB yang lain.
Selepas majlis perasmian dan penyerahan kunci kepada pembeli, YTM Tunku Temenggong Kedah berkenan untuk dibawa melawat ke sekitar kawasan pangsapuri dan berkunjung ke salah sebuah rumah pembeli Pangsapuri Ikhlas.
YTM Tunku Temenggong Kedah juga sempat meluangkan masa seketika untuk berkunjung ke BDB Land Lifestyle Gallery di Tasik Darulaman, Jitra untuk mendengar sedikit penerangan tentang projek-projek yang telah dan bakal dibangunkan oleh BDB Land Sdn Bhd.
Kami dari Kumpulan BDB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Teramat Mulia, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah di atas kesudian meluangkan masa bagi menghadiri majlis pada hari ini.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement
Categories
Uncategorized

The Star | 18 September 2019

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
Categories
Uncategorized

The Star Online | 18 September 2019

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
Categories
Uncategorized

The World News | 29 Ogos 2019

Categories
Uncategorized

Malaysia News TV Online | 29 Ogos 2019

Categories
Uncategorized

Sinar Harian Online | 29 Ogos 2019

Categories
Uncategorized

Berita Harian Online | 29 Ogos 2019

Categories
Uncategorized

New Straits Times Online | 29 Ogos 2019