Categories
Uncategorized

Kumpulan BDB Agih Daging Bersempena Menyambut Hari Raya Aidiladha

Bersempena Menyambut Hari Raya Aidiladha Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2019, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan daging kepada seluruh kakitangan BDB HQ.
Majlis yang berlangsung di di Centre of Learning, Menara BDB pada 8 Ogos lalu itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli dan ia merupakan kerjasama antara Komunikasi Korporat Kumpulan dan Kelab Kebajikan & Rekreasi BDB.
Di samping itu, Kelab Kebajikan & Rekreasi BDB turut mengadakan majlis bacaan tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Haji Mohd Isa Haji Ab Rahman, Imam 1 Masjid Zahir.
Selepas selesai majlis bacaan tahlil dan penyerahan daging, seluruh kakitangan BDB HQ menjamu selera pada jamuan makan tengah hari yang dikelolakan oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi BDB.
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement
Categories
Uncategorized

Kumpulan BDB Sampaikan Sumbangan Kepada Nasree Sareh,kakitangan BDB Infra

Pada 4 Ogos 2019 lalu, Pengurusan BDB Infra Sdn Bhd bersama Komunikasi Korporat Kumpulan telah mengadakan lawatan ke rumah Nasree Sareh yang merupakan salah seorang kakitangan BDB Infra Sdn Bhd.
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk menyampaikan sumbangan Mesin Terapi Live Body Nosode kepada anak beliau, Muhammad Nur Aiman Hikmie Nasree yang kini sakit terlantar akibat kemalangan jalan raya sejak empat tahun lalu.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif BDB Infra Sdn Bhd, Mohd Sobri Hussein sambil disaksikan oleh Ketua Sumber Manusia BDB Infra Sdn Bhd, Rosmin Said dan Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan, Ikhwan Hazwan Hamidun.
Diharapkan dengan sumbangan tersebut ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Nasree Sareh sekeluarga serta membantu proses rawatan anak beliau supaya dapat beransur sembuh.
#Kedah #BinaDarulAmanBerhad #SpiritOfAchievement