Categories
Uncategorized

JOM MAKAN BUAH 2019!

Bersempena musim buah yang melanda negara ketika ini, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan program "Jom Makan Buah 2019" yang diadakan di Ruang Legar Utama, Menara BDB.
Program yang dihadiri oleh kakitangan BDB, rakan media dan tetamu jemputan ini berlangsung meriah dengan aneka buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan dokong. Program ini juga diiringi musik tradisional dari Kumpulan Gendang Warisan Pusaka Pendang.
Turut hadir memeriahkan majlis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan BDB, Dato’ Haji Asri Hamidon, Tuan Haji Abdul Rahman Abdullah, Encik Sudirman Masduk, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Sahil Zabidi.
Turut hadir memeriahkan program berkenaan adalah Pegawai Turus Pelesenan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, DSP Ahmad Fauzi Saad, Presiden dan Timbalan Presiden Kelab Media Elit Kedah, Kumaran Rajamoney dan M. Hifzuddin Ikhsan, Ketua Biro Utusan Malaysia Kedah/Perlis, Sharilfuddin Saari, Penolong Ketua Biro Kosmo! Kedah, Norlida Akmar Idros dan rakan-rakan media Kedah.
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *