Categories
Uncategorized

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!

Categories
Uncategorized

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KUMPULAN BDB BERJALAN LANCAR

Kewajipan sesebuah organisasi untuk membantu dan menyumbang bakti kepada masyarakat adalah penting bagi Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah.
Oleh itu, warga kerja Kumpulan BDB telah mengambil inisiatif melalui Kelab Kebajikan & Rekreasi BDB dan juga anak-anak syarikat untuk mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat di Gunung Jerai.
Program gotong-royong membersihkan kawasan Gunung Jerai berkenaan mula diadakan pada 29 November dan dipecahkan kepada empat siri memandangkan kawasan gunung jerai ini merupakan salah satu khazanah negeri Kedah yang harus dipelihara selain menjadi tempat tumpuan pelancong.
Lebih 250 peserta yang terdiri daripada kakitangan kumpulan BDB serta kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah menyertai program ini di mana mereka telah berjaya membersihkan beberapa kawasan di sekitar gunung jerai antaranya di sekitar Padang Tok Sheikh, Telaga Tok Sheikh, Batu Kapal dan juga Taman Rimba.
Program tersebut telah melabuhkan tirainya pada Khamis minggu lalu di majlis penutupan program yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan BDB iaitu Encik Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.
“Kumpulan BDB juga bercadang untuk meneruskan aktiviti ini pada tahun 2020 dan kami mengalukan-alukan kerjasama dan penyertaan daripada semua agensi kerajaan lain yang berminat dalam usaha bersama-sama menjaga khazanah negeri Kedah ini,” jelasnya.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengurusan kanan serta wakil Kelab Kebajikan & Rekreasi anak-anak syarikat Kumpulan BDB serta wakil SWCORP, Renjer Hutan, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Pejabat Daerah Yan dan Kuala Muda.
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement
Categories
Uncategorized

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL ‘SELOKA’ 1000 KERIS KEDAH LANGKASUKA

Pada 15 Februari 2020, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Encik Faris Najhan Hashim telah hadir untuk merasmikan Festival ‘Seloka’ 1000 Keris Kedah Langkasuka yang diadakan di Darulaman Park, Jitra dan menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan festival ini.
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Categories
Uncategorized

KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN BDB LUANGKAN MASA MELAWAT RAKAN MEDIA

Menyedari peranan media sebagai penyampai maklumat yang berkredibiliti, pihak Komunikasi Korporat Kumpulan BDB mengambil inisiatif dengan mengadakan lawatan untuk berjumpa rakan-rakan media di pejabat mereka. Lawatan yang diketuai oleh Sajahan Abdul Waheed, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB bertujuan bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim antra pihak BDB dan pihak media.
Pihak Kommunikasi Korporat Kumpulan BDB sempat mengunjungi Puan Hajah Rafini binti Othmani, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kedah serta Encik R. Kumaran, Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK).
Pihak Bina Darulaman Berhad ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan media yang terlibat dalam membantu BDB dalam menyampaikan perkembangan aktiviti-aktiviti serta projek-projek pembangunan kami khususnya di negeri Kedah kepada masyarakat.
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #spiritOfAchievement

Categories
Uncategorized

PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS & CPR (PPC & CPR) DAN PERTOLONGAN CEMAS ASAS & CPR (PCA & CPR) -BDB LEISURE SDN BHD

Seramai 25 kakitangan daripada BDB Leisure Sdn Bhd (Fantasia Aqua Park) telah mengikuti kursus Pengenalan Pertolongan Cemas & Pertolongan Cemas Asas yang bertempat di Dewan Damai 1, BDB Hotels Sdn Bhd. Latihan tersebut telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Luaran iaitu En Abu Bakar Bin Othman dan pasukannya dari Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Kedah Darul Aman.
Kursus ini dapat memberi kesedaran dan memperkenalkan pelajaran asas berkenaan pertolongan cemas dengan melihat sistem perjalanan tubuh manusia, khususnya dari aspek pernafasan, sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem deria. Latihan berbentuk praktikal seperti mempelajari jenis-jenis balutan dan fungsinya turut diberikan penekanan. Peperiksaan juga dijalankan diakhir kursus tersebut dan sijil akan diberikan kepada kakitangan yang telah menyempurnakan kursus dengan jayanya.

Categories
Uncategorized

MICROSOFT EXCEL 2016 (INTERMEDIATE LEVEL)

Kursus Microsoft Excel 2016 (Intermediate Level) telah diadakan di Centre of Learning, Level 4, Menara BDB yang telah dihadiri seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kumpulan BDB. Latihan tersebut telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Luaran iaitu En. Mohd Saidul Nizam dari Global Excel Hub Sdn Bhd.
Dengan adanya kursus ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan serta secara praktikal dalam menggunakan perisian tersebut dengan lebih mendalam.

Categories
Uncategorized

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR, (CSR) GUNUNG JERAI SESI #1

Program CSR sesi pertama telah berjalan dengan jayanya pada 28 November yang lalu. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Sepanjang program dijalankan cuaca amat baik dan tiada sebarang kecelakaan dilaporkan berlaku. Keseluruhannya seramai lebih kurang 50 Kakitangan Kumpulan BDB yang terlibat dalam menjayakan program sesi pertama ini.
Jawatankuasa CSR (CSRC) juga telah menerima kerjasama baik dari Pejabat Daerah Yan bagi urusan penyediaan Tong Sampah Utama di kaki Gunung Jerai dan turut menerima sumbangan peralatan seperti karung plastic sampah, pengepit sampah, sarung tangan daripada SW Corp.
Dianggarkan sebanyak 20 karung sampah telah berjaya dikutip oleh Kumpulan CSR pertama. Kumpulan CSR sesi pertama ini juga berjaya mendapat pujian dan teguran yang positif dari para pengunjung Gunung Jerai.

Sesi kedua akan dijalankan pada 12hb Disember nanti dan akan turut disertai oleh pihak SW Corp dan Skuad Prihatin daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.
Categories
Uncategorized

KUMPULAN BDB SERTAI SUKUM PKNK 2019

Kecemerlangan dan semangat kesukanan yang tinggi!! Itulah perkataan yang boleh digambarkan ketika berlangsungnya Karnival Sukan Kumpulan (SUKUM) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah 2019 yang diadakan di Komplek Sukan UUM Sintok Kedah pada 23 November yang lalu. Seramai 90 warga kerja Kumpulan BDB telah terlibat dalam lapan acara sukan yang dipertandingkan iaitu futsal, badminton, bola jaring, ping-pong, karom, dart, golf dan boling.
Majlis perasmian dan penutup karnival tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi PKNK, Tn Hj Syed Yusoff Syed Othman. Karnival yang telah memasuki tahun keduanya penganjurannya itu menyaksikan PKNK sekali lagi muncul sebagai juara keseluruhan apabila mengungguli beberapa kategori dalam acara sukan yang dipertandingkan dan diikuti tempat kedua oleh BDB. Tahniah diucapkan kepada semua peserta-peserta BDB!!

Categories
Uncategorized

TRAINING HAZARD IDENTIFICATION, RISK ASSESSMENT, RISK CONTROL (HIRARC) WORKSHOP’ SESI #1

kerja mereka dengan lebih berkesan. Kumpulan BDB telah menganjurkan kursus berkenaan keselamatan dalaman yang bertempat di Centre of Learning, Level 4, Menara BDB dan telah dihadiri seramai 25 orang kakitangan.
Latihan tersebut telah dikendalikan oleh Fasilitator Dalaman BDB Kumpulan yang terdiri daripada En. Muhammad Azizi Bin Abd. Hameed (BDB Land Sdn Bhd) dan En. Muhamad Aniff Bin Ahmad Asri (BDB Infra Sdn Bhd) bersama dengan En. Zulhafizi Bin Ahmad dan En. Izam Zairie Bin Ishak (BDB Synergy Sdn Bhd).
Program selama satu (1) hari ini adalah bertujuan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko atau lebih dikenali sebagai HIRARC yang merupakan kaedah bagi membolehkan sesuatu organisasi menguruskan hazard yang wujud ditempat.

Categories
Uncategorized

BERNAMA.COM | 13 November 2019

BDB unit launches RM33 mln mixed development project in Bandar Baru
#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement